Saturday, March 23, 2013

Penyelidik UTHM terima pengiktirafan KPT
Tiga produk penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dipilih untuk meraih anugerah penghargaan pada Malam Citra anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 05 Mac 2013 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya.
Penghargaan ini diberikan atas sumbangan UTHM dalam menjayakan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Tertiari (PTPMIIPT) yang diterajui oleh KPT.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Ab. Rahim bin Md Noor yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Dato  Seri Mohamed Khaled Nordin.  Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri  hampir keseluruhan wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam yang bersama-sama menerima penghargaan melalui hasil produk masing-masing.
UTHM yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Wahid bin Razally turut disertai oleh penyelidik universiti yang telah berjaya iaitu Profesor Madya Dr. Anika Zafiah bt. Muhd Rus bagi produk Catalytic Converter ;  Prof Madya Dr. Lee Yee Loon dengan produk Aerated Lightweight Concrete Technology In Block Form And Insitu Casting  dan Prof. Madya Dr. Mohd Saidin bin Wahab Dengan produk  A Method Of Producing A Dental Prosthesis.
Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara KPT, IPTA, industri, pelabur, agensi kerajaan dan swasta ini, dilihat sebagai satu platform penting kepada penyelidik-penyelidik universiti ke arah penghasilan penyelidikan dan produk penyelidikan yang bakal  menggerakkan inovasi negara.
penyelidik UTHM bergambar kenangan
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 13 Mac 2013 )

No comments:

Post a Comment